Sunday, March 25, 2012

HUTAN HUJAN TROPIKA
  • meliputi kira-kira 70 peratus daripada jumlah kawasan hutan di negara kita
  • terpenting dan terluas di Malaysia
  • ketinggian kurang daripada 1000 meter
  • meliputi kaki bukit atau cerun bukit di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
  • malar hijau
  • meliputi enam peratus daripada keluasan permukaan bumi
  • dua pertiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di bumi
  • mempunyai jenis kayu keras bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, keruing, merbau, balau dan seraya
  • pembentukan empat lapisan
HUTAN PAYA AIR MASIN



  • tumbuh dengan subur di kawasan pinggir laut yang berlumpur, terlindung daripada pukulan ombak, dan sering mengalmai air pasang dan surut
  • mempungyai akar ceracak yang tumbuh di permukaan lumpur di permukaan lumpur dan air untuk bernafas serta akar jankang yang menyokongnya daripada tumbang
  • Tumbuh-tumbuhan semula jadi
  1. pokok bakau
  2. api-api
  3. perapat
  4. berus atau tumu
  • Hidupan air
  1. ikan
  2. ketam
  3. siput
  4. lokan
  5. udang
  6. sotong
  7. kerang
HUTAN PAYA AIR TAWAR

  • terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut, dan bertakung air
  • pokok-pokok yang tumbuh biasanya tinggi
  • Tumbuh-tumbuhan semula jadi
  1. palma
  2. gelam
  3. nipah
  4. kempas
  5. keladi air
  6. mengkuang
  • Hidupan air
  1. udang galah
  2. ular
  3. biawak
  4. katak
  5. ikan
HUTAN PANTAI


  • meliputi beberapa jenis pokok dan tumbuhan menjalar
  • terdapat kawasan pinggir laut yang rendah, bersaliran baik, berpasir dan terdedah kepada tiupan angin dari laut
  • tumbuh-tumbuh yang terdapat di hutan pantai ialah pokok ru, pokok kelapa, pokok renek, mengkuang laut, tumbuhan menjalar sepeti tapak kuda dan semak samun
  • tumbuh-tumbuhan dapat hidup walaupun ditenggelami air laut
HUTAN GUNUNG

  • tumbuh subur di tanih laterit di kawasan tanah tinggi melebihi 1000 meter dari aras laut
  • hutan gunung seperti Banjaran Crocker, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Tama Abu, Banjaran Tahan dan Pergunungan Iran
  • kawasan semakin tinggi, tumbuh-tumbuhan semakin jarang
  • ditumbuhi oleh pokok kerdil, paku pakis, kulampair dan lumut
  • suhu di kawasan tersebut rendah
  • lapisan tanih nipis
  • tempat di paras ketinggian melebihi 3500 meter diliputi batuan tandus seperti di bahagian puncak Gunung Kinabalu
  • terkenal dengan beberapa jenis bunga seperti rafflesia, orkid dan pokok periuk kera
  • Jenis tumbuh-tumbuhan gunung
0 m - 1200 m =Hutan dipterokarp bukit ( Meranti, cengal, kapur)
1200 m - 1800 m = Hutan montane bawah ( Tumbuhan oak, paku-pakis, orkid )
1800 m - 2900 m =Hutan montane atas ( Tumbuhan epifit, periuk kera, konifer )
2900 m - 3500 m = Tumbuh-tumbuhan sub-alps
3500 dan ke atas = Tumbuh-tumbuhan alps

Thursday, November 25, 2010

RUJUKAN

Can You Fil It? [Online]. Avaible : http://pbskids.org/cyberchase/games/liquidvolume/liquid volume.html
[15 Oktober 2010]

Liew Su Tim (2003). Mathematics Textbook Part 2 Year 2. YPJ Publications & Distributions Sdn Bhd

Mok Soon Sang (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Murugiah s/o Velayutham (2010). HBMT 2103 Teaching Mathematics in Year Two. Selangor : Meteor Doc Sdn Bhd.

Poh Yew Teoh (2004). MATHS The Fun & Magical Way. Kuala Lumpur : TC Publishing Sdn Bhd.

Volume Liquid [Online]. Avaible : http://www.youtube.com/watch?v=OAotjwOKpQs
[15 Oktober 2010]

What is used to measure volume? [Online]. Avaible : http://wiki.answers.com/Q/%20What_is_used_ to_measure_volume
[9 Oktober 2010]

KESIMPULAN

Pembelajaran mengenai konsep isipadu cecair tidak hanya terhad kepada murid-murid Tahun 2 sahaja. Tajuk ini mempunyai kesinambungan untuk dipelajari ke peringkat seterusnya sehingga murid-murid berada di Tahun 6 dan bersambung ke peringkat menengah. Oleh itu, salah konsep mengenai kapasiti di dalam sesuatu bekas perlu dielakkan agar ianya tidak menjejaskan penguasaan mereka di peringkat pembelajaran yang lebih tinggi. Tahap pembelajaran bagi murid-murid yang berpencapaian rendah dan murid-murid yang berpencapaian tinggi perlu mempunyai perbezaan. Murid yang berpencapaian rendah memerlukan aktiviti pemulihan jika mereka masih tidak dapat menguasai sepenuhnya konsep ini. Manakala murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi memerlukan aktiviti pengayaan supaya mereka boleh mengaplikasikannya dalam proses pembelajaran seterusnya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan menarik dapat membantu mengatasi permasalahan tentang salah konsep ini. Oleh itu, guru harus memainkan peranan penting kepada semua peringkat pembelajaran murid agar ianya dikuasai oleh mereka sebaik mungkin.

Wednesday, November 24, 2010

BAHAN BANTU MENGAJAR 2

BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH


Lembaran Kerja


SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH
JALAN INDAH 2/1 PUCHONG INDAH
47100 PUCHONG SELANGOR

1. Lengkapkan ayat dengan jawapan yang sesuai.

2. Susun bekas-bekas di bawah daripada bekas yang dapat menampung kapasiti air daripada paling sedikit kepada yang paling banyak.



BAHAN BANTU MENGAJAR 1

BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI PELAJAR BERPENCAPAIAN TINGGI

Lembaran Kerja

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH
JALAN INDAH 2/1 PUCHONG INDAH
47100 PUCHONG SELANGOR



1. Pilih bekas yang dapat menampung kapasiti air dengan banyak.


2. Susun bekas-bekas di bawah daripada bekas yang dapat menampung kapasiti air daripada paling sedikit kepada yang paling banyak.


Pengayaan

http://pbskids.org/cyberchase/games/liquidvolume/liquidvolume.html

AKTIVITI PEMBELAJARAN


AKTIVITI PEMBELAJARAN BAGI MURID BERPENCAPAIAN TINGGI

Hasil Pembelajaran :
Murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair melalui perbandingan secara langsung dan menggunakan unit tidak standard

Bahan Bantu Mengajar :
Botol minyak masak 1 liter, botol mineral 800 ml, mug, cawan, gelas, cerek, jug, bekas ais krim 1 liter dan 2 buah baldi.

Prosedur :
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 5 orang ahli.
2. Lantik seorang daripada ahli kumpulan sebagai pencatat. Pastikan ahli-ahli yang lain memainkan peranan masing-masing.
3. Setiap kumpulan diberikan satu set bahan dan lembaran kerja.
4. Berdasarkan anggaran anda, pilih bekas yang dapat menampung kapasiti air paling banyak. Catatkan di dalam lembaran kerja yang disediakan.
Contoh :


5. Selepas membuat anggaran, isikan air ke dalam bekas-bekas tersebut sehingga penuh.
6. Tuangkan air yang telah diisi di dalam bekas ke dalam baldi. Bandingkan kapasiti air di dalam kedua-dua baldi tersebut.
7. Pilih bekas yang dapat menampung kapasiti air paling banyak berdasarkan perbandingan yang dibuat di dalam kedua-dua baldi. Rekodkan jawapan di dalam lembaran kerja yang disediakan.
8. Ulang langkah 2 bagi bekas-bekas yang seterusnya.
9. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid dikehendaki menyusun bekas yang dapat menampung kapasiti air paling sedikit kepada yang paling banyak yang terdapat di akhir lembaran kerja.
10. Guru memberi ganjaran seperti gula-gula kepada kumpulan yang dapat menyusun dengan betul.

Pengayaan


http://pbskids.org/cyberchase/games/liquidvolume/liquidvolume.html

AKTIVITI PEMBELAJARAN BAGI MURID BERPENCAPAIAN RENDAH

Hasil Pembelajaran :
Murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair melalui perbandingan secara langsung dan menggunakan unit tidak standard

Bahan Bantu Mengajar :
Botol minyak masak 1 liter, botol mineral 800 ml, mug, cawan, gelas, cerek, jug, bekas ais krim 1 liter dan bekas-bekas kecil bersaiz 80 ml

Prosedur :
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 5 orang ahli.
2. Lantik seorang daripada ahli kumpulan sebagai pencatat. Pastikan ahli-ahli yang lain memainkan peranan masing-masing.
3. Setiap kumpulan diberikan satu set bahan dan lembaran kerja.
4. Guru membuat demonstrasi tentang aktiviti yang akan dijalankan.
5. Selepas demonstrasi, murid menjalankan aktiviti dan merekodkan pemerhatian di dalam lembaran kerja.
6. Guru membincangkan hasil pemerhatian daripada aktiviti yang dijalankan.
7. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid dikehendaki menyusun bekas yang dapat menampung kapasiti air paling sedikit kepada yang paling banyak yang terdapat di akhir lembaran kerja.
8. Guru memberi ganjaran seperti coklat kepada kumpulan yang dapat menyusun bekas dengan betul.

Tuesday, November 23, 2010

PENGENALAN

Isipadu cecair merupakan salah satu tajuk yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2. Tajuk ini merupakan tajuk kesepuluh daripada 12 tajuk yang terdapat di dalam sukatan pelajaran. Tajuk ini mempunyai dua bidang pembelajaran utama, iaitu pengenalan kepada isipadu cecair dan mengukur dan membandingkan isipadu cecair. Bagi bidang pembelajaran pengenalan kepada isipadu cecair, murid perlu memahami dan menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan isipadu cecair. Terdapat dua objektif pembelajaran bagi bidang pembelajaran kedua pula, iaitu mengukur dan membandingkan isipadu cecair melalui perbandingan secara langsung dan menggunakan unit tidak standard dan mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit yang standard.

Penggunaan unit ukuran adalah penting dalam kehidupan seharian. Oleh itu, tajuk isipadu cecair seharusnya disampaikan melalui cara yang paling mudah untuk difahami oleh murid-murid. Murid-murid seringkali beranggapan bahawa bekas yang tinggi dapat menampung kapasiti air dengan banyak berbanding bekas yang lebih rendah. Bagi menangani masalah ini, guru perlu menekankan konsep kapasiti isipadu cecair sewaktu menjalankan pengajaran. Aktiviti pengajaran perlu dirancang sebaik mungkin supaya salah konsep ini dapat dielakkan. Penglibatan aktif murid dalam bentuk aktiviti fizikal adalah penting bagi membolehkan murid-murid memahaminya. Penggunaan bahan bantu mengajar juga perlu disesuaikan mengikut tahap pembelajaran murid-murid supaya mereka dapat memahami bahawa bekas yang tinggi tidak semestinya dapat menampung kapasiti air dengan banyak atau sebaliknya.