Wednesday, November 24, 2010

AKTIVITI PEMBELAJARAN


AKTIVITI PEMBELAJARAN BAGI MURID BERPENCAPAIAN TINGGI

Hasil Pembelajaran :
Murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair melalui perbandingan secara langsung dan menggunakan unit tidak standard

Bahan Bantu Mengajar :
Botol minyak masak 1 liter, botol mineral 800 ml, mug, cawan, gelas, cerek, jug, bekas ais krim 1 liter dan 2 buah baldi.

Prosedur :
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 5 orang ahli.
2. Lantik seorang daripada ahli kumpulan sebagai pencatat. Pastikan ahli-ahli yang lain memainkan peranan masing-masing.
3. Setiap kumpulan diberikan satu set bahan dan lembaran kerja.
4. Berdasarkan anggaran anda, pilih bekas yang dapat menampung kapasiti air paling banyak. Catatkan di dalam lembaran kerja yang disediakan.
Contoh :


5. Selepas membuat anggaran, isikan air ke dalam bekas-bekas tersebut sehingga penuh.
6. Tuangkan air yang telah diisi di dalam bekas ke dalam baldi. Bandingkan kapasiti air di dalam kedua-dua baldi tersebut.
7. Pilih bekas yang dapat menampung kapasiti air paling banyak berdasarkan perbandingan yang dibuat di dalam kedua-dua baldi. Rekodkan jawapan di dalam lembaran kerja yang disediakan.
8. Ulang langkah 2 bagi bekas-bekas yang seterusnya.
9. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid dikehendaki menyusun bekas yang dapat menampung kapasiti air paling sedikit kepada yang paling banyak yang terdapat di akhir lembaran kerja.
10. Guru memberi ganjaran seperti gula-gula kepada kumpulan yang dapat menyusun dengan betul.

Pengayaan


http://pbskids.org/cyberchase/games/liquidvolume/liquidvolume.html

AKTIVITI PEMBELAJARAN BAGI MURID BERPENCAPAIAN RENDAH

Hasil Pembelajaran :
Murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair melalui perbandingan secara langsung dan menggunakan unit tidak standard

Bahan Bantu Mengajar :
Botol minyak masak 1 liter, botol mineral 800 ml, mug, cawan, gelas, cerek, jug, bekas ais krim 1 liter dan bekas-bekas kecil bersaiz 80 ml

Prosedur :
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 5 orang ahli.
2. Lantik seorang daripada ahli kumpulan sebagai pencatat. Pastikan ahli-ahli yang lain memainkan peranan masing-masing.
3. Setiap kumpulan diberikan satu set bahan dan lembaran kerja.
4. Guru membuat demonstrasi tentang aktiviti yang akan dijalankan.
5. Selepas demonstrasi, murid menjalankan aktiviti dan merekodkan pemerhatian di dalam lembaran kerja.
6. Guru membincangkan hasil pemerhatian daripada aktiviti yang dijalankan.
7. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid dikehendaki menyusun bekas yang dapat menampung kapasiti air paling sedikit kepada yang paling banyak yang terdapat di akhir lembaran kerja.
8. Guru memberi ganjaran seperti coklat kepada kumpulan yang dapat menyusun bekas dengan betul.

No comments:

Post a Comment